Selasa, 1 Mac 2011

Birmingham City - Juara Piala Carling 2011




Birmingham City merupakan kelab bola sepak England yang berada pada kelas pertengahan, jarang mendapat perhatian daripada peminat global sebagaimana sambutan hangat yang diterima oleh pasukan2 elit EPL seperti Arsenal, Manchester United dan Chelsea..Apapun, tanggapan pemerhati bolasepak selepas ini mungkin berubah apabila pasukan Birmingham City berjaya mengalahkan pasukan pilihan, Arsenal seterusnya menjuarai Piala Carling ataupun Piala Liga pada tahun 2011..Walaupun pasukan mereka tidak diletakkan sebagai pilihan untuk menjuarai piala kelas kedua tersebut, tetapi dengan semangat juang tinggi yang telah dipamerkan oleh pemain2 mereka telah berjaya membantu pasukan mereka menjuarai Piala Carling buat julung kalinya..Mereka berjaya mengalahkan pasukan Arsenal dengan keputusan 2-1..Gol dijaringkan oleh Nicola Zigic serta Obafemi Martins..Manakala Arsenal pula dijaringkan oleh penyerang sensasi Belanda, Robin Van Persie..Kekalahan yang diterima oleh pasukan "The Gunners" itu memanjangkan lagi kemarau pasukan mereka dalam mendakap satu2 trofi selama hampir 6 tahun..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails