Ahad, 20 Mac 2011

Adab Pergaulan dan Berbaik Sangka


Gambar Hiasan




Ada seorang ahli hikmat mengatakan..."Jikalau kamu ingin bergaul secara baik dan sopan maka ikutilah petunjuk2 ini:

  • Hadapi kawan atau musuh dengan wajah yang tenang, gembira, sopan, rela hati. Elakkan daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.
  • Jangan terlalu banyak menoleh ke mana2 dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.
  • Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak berludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau mengeliatkan badan.
  • Usahakan agar ketika duduk berada dalam keadaan tenang, kata2 selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik diam sahaja.
  • Jangan bersikap pura2.
  • Elakkan daripada memberitahu sesiapa tentang harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit, orang akan memandangmu dengan kehinaan.
  • Jika berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendahkan kemampuan orang lain.
  • Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada kehormatan diri.
  • Jika masuk ke majlis2, berilah salam dan sentiasa merendah diri.
  • Jauhi daripada duduk dan bercakap2 di jalanan dan jika terpaksa senantiasalah menundukkan pandanganmu.
  • Jangan suka bergurau senda dengan cendekiawan dan orang yang kurang akalnya.
  • Jika banyak bersenda gurau dalam sesuatu majlis kerana terlupa atau lain2, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails