Sabtu, 5 Jun 2010

Alhamdulillah..Selamat Sampai..

Hari Khamis yang lalu bersamaan 3 Jun 2010, saya serta rakan2 dari Pahang yang lain berangkat pulang dari IPG Kampus Perlis ke kampung halaman masing2..Kami mula bertolak lebih kurang jam 7.30 pagi..Kami berkonvoi 2 kereta saja..CCM n CCN..Pengalaman peribadi saya sendiri ialah saya memandu kereta saya secara solo iaitu CCM 9027..manakala rakan2 lain menaiki kereta CCN..Sepanjang saya berada dalam kereta saya banyak menyanyi dan kadang2 bermonolog sendiri bagi menghilangkan rasa mengantuk dan bosan ketika memandu..Kami berehat ketika berada di Perhentian Tapah bagi menunaikan solat Jama' Zohor dan Asar serta menjamu selera..Selepas itu, kami pun bergerak semula..Letih!!! Sememangnya letih..sebab parjalanan kami memakan masa selama 11 jam..dan jarak perjalanan pula lebih kurang 670 km..sebelum nie kalau saya nak balik ke kampung biasanya ikut jalan "shortcut" iaitu dari Tanjung Malim ke Batang Kali..sebab ia boleh jimat dalam 60km..bersamaan 1 jam..tapi kami ikut jalan KL..bermula dengan Rawang diikuti Sungai Buloh akhirnya tembus ke Karak..Sepanjang perjalanan balik juga sebanyak 3 kali saya mengisi minyak..untuk menjimatkan minyak juga saya sanggup tidak memasng air cond..sejak dari Perlis lagi..tapi syukur kehadrat Ilahi kerana saya selamat pulang ke kampung halaman iaitu Bandar Jengka pada pukul 6.15 petang..






Dekat Lebuhraya Ipoh Selatan










Duk belakang kereta CCN..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails