Ahad, 13 Jun 2010

Penyiasat terkenal "Sherlock Holmes"



Sherlock Holmes merupakan satu watak penyiasat fiksyen yang wujud sejak abad ke-19 yang mana kemunculannya buat kali pertama pada sekitar tahun 1887. Pada asalnya, watak ini dicipta oleh seorang pengarang dan doktor terkenal berbangsa Scotland bernama Sir Arthur Conan Doyle. Holmes terkenal dengan kebolehannya menggunakan logik dan pemerhatian pintarnya untuk menyelesaikan sesuatu kes yang berlaku. Oleh kerana itulah, dia menjadi terkenal tambahan pula Conan Doyle telah menulis empat novel dan 56 cerita pendek tentang Holmes. Kebanyakan cerita ini muncul dalam majalah bersiri The Strand dan berlarutan hingga 40 tahun di sekitar England. Ada lagi karya yang turut ditulis oleh Charles Dickens melalui cara yang sama di mana cerita2 Holmes merangkumi garis masa dari tahun 1878 hingga tahun 1903 dengan satu kes terakhir pada tahun 1914. Semakin hari Holmes menjadi semakin terkenal kerana dia merupakan penyiasat yang sangat fiksyen dan watak itu terus menjadi antara watak sastera yang paling dikenali secara universal. Sherlock Holmes menggelar dirinya sebagai penyiasat rundingan. Paling hebat, dia boleh menyelesaikan masalah tanpa meninggalkan rumah sekali pun. Dia juga mengkhususkan untuk menyelesaikan kes2 aneh yang tak perlu menggunakan kuasa luar biasanya dalam pemerhatian dan pemikiran logik. Dia sering menunjukkan kebolehan ini kepada pelanggan baru dengan membuat kesimpulan langsung bersandarkan personaliti diorang. Conan Doyle telah mengkreditkan konsep Holmes ini dalam fakulti perubatannya. Malah dorang sendiri menyatakan bahawa Conan Doyle adalah Sherlock Holmes. Holmes dinamakan sempena Oliver Wendell Holmes yang sangat dikaguminya dan seorang lagi pemain kriket Inggeris bernama Sherlock. Sesetengah menyatakan nota-nota awal Conan menunjukkan dia memberikan nama sebagai Sherrinford Holmes. Oleh kerana ini watak yang sangat popular, banyak lakonan pentas dan adaptasi semula daripada karya2 Conan telah dilakukan.

Terbaru, kisah Sherlock Holmes ini diadaptasikan dalam filem yang juga bertajuk Sherlock Holmes. Filem ini ditayangkan pada penghujung tahun 2009. Ia dibintangi pelakon2 handalan seperti Robert Downey Jr, Jude Law dan Rachel McAdams.






Sherlock Holmes (2009)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails