Jumaat, 11 Jun 2010

Demam Piala Dunia @ FIFA World Cup 2010



Kejohanan Bolasepak Piala Dunia diadakan pada setiap empat tahun. Kali terakhir ia dianjurkan adalah pada tahun 2006 di negara Germany di mana pasukan Itali menjuarai pada kejohanan tersebut. Pada tahun 2010 pula ia akan dianjurkan buat kali pertama di benua Afrika iaitu di negara Afrika Selatan. Ia akan diadakan selama sebulan bermula pada hari ini bersamaan 11 Jun sehingga 12 Julai 2010. Pasukan tuan rumah layak secara automatik dalam kejohanan ini. Mereka akan beraksi pada perlawanan pembukaan bertemu dengan pasukan Mexico di Stadium Soccer City pada malam ini (waktu Malaysia pukul 10 malam). Dalam edisi kali ini, ramai pemerhati meramalkan pasukan Sepanyol dan Brazil akan menjuarainya. Pasukan pilihan lain seperti juara bertahan, Itali, juara 1998, France, Germany, Holland, Portugal, England dan Argentina juga berpeluang untuk menjuarainya. Pasukan bukan pilihan seperti Uruguay, Chile, Denmark dan Cameroon juga dilihat mampu untuk mencipta kejutan. Pasukan tuan rumah iaitu Afrika Selatan juga tidak terkecuali. Ditambah dengan sokongan penonton tempatan, tidak mustahil pasukan tersebut boleh menjuarai kejohanan Piala Dunia 2010 ini seterusnya mencipta sejarah muncul pasukan pertama dari Benua Afrika dinobatkan sebagai juara Piala Dunia. Pasukan dari benua Asia juga tidak layak untuk dipandang rendah oleh pasukan gergasi bolasepak. Pada edisi kali ini wakil benua Asia disandarkan kepada 4 pasukan iaitu Jepun, Korea Selatan, Korea Utara dan Australia.





Piala Dunia 2010 milik siapa??





Bola Rasmi Piala Dunia 2010 "Jabulani"






Gelanggang Stadium di Piala Dunia 2010






ZAKUMI merupakan maskot untuk kejohanan bagi edisi kali ini

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails