Rabu, 23 Jun 2010

Cameron Highlands

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Semenanjung Malaysia..ia terletak di negeri Pahang..bersempadan dengan negeri Kelantan dan Perak..Ketinggiannya dipercayai mencecah 1829 meter dari aras laut..Suhu antara 10 - 20 darjah celcius..

Selain dikenali sebagai pusat peranginan, Cameron Highlands juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan dan sayur-sayuran yang bermutu tinggi dan sukar didapati di tempat lain..ini kerana dengan keadaan suhu yang rendah dan cuaca yang sejuk amat sesuai untuk tanaman2 tertentu sahaja..misalnya pokok teh, kaktus pelbagai warna dan strawberi..ada juga tanaman di sini yang mempunyai nama yang begitu unik dan mempunyai khasiat tertentu..misalnya pokok Halau Nyamuk..ia dipercayai boleh menghalau nyamuk sekiranya di tanam di kawasan persekitaran rumah atau di kebun kerana nyamuk boleh "mabuk" apabila terhidu bau pokok ini..wallahua'lam..







Pemandangan di Kawasan Ladang Teh..








Pokok Kaktus pelbagai aneka warna..cantik betol..






Di sini juga terdapat banyak lagi tempat2 yang menarik seperti Kea Farm, Butterfly Farm, Uncle Sam Farm, Cactus Point, Strawberry Farm dan sebagainya..Disarankan kepada pengguna jalan raya agar menaiki kereta automatik untuk pergi ke sana..ia untuk memudahkan para pengguna jalan raya sahaja sebab Cameron Highland nie kan kawasan tanah tinggi..lebih2 lagi kalau memandu di Jalan Gunung Brinchang..ia dipercayai jalan raya tertinggi di Malaysia..tak la letih sangat memandu dengan kereta auto..sebab takde "clutch"...hehe..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails