Rabu, 16 Jun 2010

Layanzz 2!!!

Semerah Cinta Stiletto (2010)


Pelakon utama untuk filem ini ialah Farid Kamil dan Lisa Surihani. Dah banyak kali dah mereka berdua ni bergandingan dalam satu2 filem..Genre filem ni ialah romantik komedi..cam citer I'm Not Single"..lakonan diorang gak..Jalan cerita untuk filem ni memang lain dari yang lain..tapi yang tak bestnye ending citer nie..senang je watak diorang berdua nie bertemu semula..watak lakonan Cat Farish yang saya kira cam penyelamat citer nie..walau pun sekadar "sidekick" dalam citer nie kalau watak dia nie takde rasa cam tak best je citer nie..Dialog yang selalu digunakan oleh si Cat nie cam "lek lu" yakni shortform tuk ayat "Rileks Dulu" sememangnya lawak..haha..










Jalang (2010)


Membosankan..jalan citer ntah apa2..takde mood nak tengok..main 4wd je..huhu..pelakon utama filem nie merupakan pendatang baru..Namanya Yasmin Khanif..Seksi..isk3..bila lah nak insaf ek!!










Solomon Kane (2010)


Secara peribadi, saya ingin menonton filem nie sebab sangkaan saya filem nie macam best..Tambahan pula dalam majalah2 dan surat khabar tempatan pun mempromosikan filem ini dan mengatakan ianya merupakan filem yang hebat..Tapi sangkaan saya ternyata meleset..tak best..lagipun ia banyak menyentuh tentang agama Kristian..terus takde mood nak tengok..main 4wd je..Hero filem nie pun nampak cam tua je..walaupun muka ada iras2 Hugh Jackman..huhu..Saya bagi 2 1/2 bintang untuk filem ini.






Robin Hood (2010)


Dibintangi oleh pelakon2 hebat seperti Russell Crowe yang memegang watak sebagai Robin Hood dan Cate Blanchett sebagai Marion..Banyak aksi lawan dalam filem nie..nampak cam real..jalan cerita pun menarik..Gaya lakonan si Russell Crowe nie memang menjadi..patut la pernah menang award..hehe..cuma benci tengok raja muda dalam citer nie..dengki dengan si Robin Hood..ending citer nie Si Robin n da gang jadi pelarian dan hidup dalam hutan bersama2 dengan anak2 yatim..








Cloudy with a chance of Meat Balls (2009)


Mula-mula sekali jalan citer filem nie nampak cam serius @ filem berat tetapi ia berubah dan banyak unsur2 humor pada beberapa minit kemudian..em, filem nie mengisahkan seorang saintis muda iaitu Flint Lockwood yang ingin mengubah keadaan ekonomi sekitar kampungnya yang terlalu bergantung kepada "sardin"..walaupun dia diejek serta dipandang rendah oleh masyarakat setempat kerana semua hasil rekaannya gagal, namun akhirnya dia berjaya mencipta mesin yang boleh menghasilkan makanan yang disukai oleh sesiapa sahaja..kiranya sebut je makanan pe yang kita suka..pastu seting kat mesin tu kemudian ia diproses sehingga keluar menu yang kita nak..tapi sayangnya mesin tersebut terlepas ke langit dan si Flint Lockwood kena "control" dengan Datuk Bandar yang jahat..Datuk Bandar tu pun "ngok" gak..siap pesan makanan2 yang bersaiz besar n seting kat mesin yang boleh kuarkan makanan tu..mesin tu pun jadi "hang"..pastu seluruh penduduk di situ dihujani oleh makanan2 gergasi sehingga mengkucar-kacirkan kehidupan mereka di situ..kira cam malapetaka la..ending untuk filem nie si Flint tu berjaya mematikan mesin yang dicipta tu dan keadaan di situ kembali aman..banyak nilai2 murni dalam filem nie cam kasih sayang, persahabatan dll..best filem nie..rugi la kalau tak tengok..hehe..








Clash of The Titans (2010)


Filem nie berdasarkan kepercayaan masyarakat Greek yang menganggap Percius iaitu watak yang dilakonkan oleh hero filem ini iaitu Sam Worthington sebagai anak kepada Tuhan yang bernama Zeus lakonan pelakon veteran iaitu Liam Nesson..Tuhan Zeus pun ada adik yang bersifat antagonis iaitu Hades..em, tuhan ada anak dengan adik..memang la mengarut..isk3..menariknya filem nie kerana sepanjang pengembaraan si Percius bersama konco2 nya bertemu dan berlawan dengan pelbagai spesies makhluk cam Kala Jengking gergasi, 3 ahli sihir yang hodoh, Medusa (puteri berambut ular), dan makhluk gergasi di lautan (campuran sotong & kura2)..memang menjadi trend untuk filem2 aksi yakni pihak yang baik akan menang..filem nie pun camtu gak..







White Out (2009)


Filem nie tentang kejadian pembunuhan yang berlaku di sekitar Antartika dekat kawasan kutub yang dipenuhi dengan salji..best gak citer nie..sebab boleh teka siapa pembunuh..Filem nie dilakonkan oleh aktres Amerika, Kate Beckinsale..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails