Selasa, 10 Ogos 2010

Kelebihan setiap malam Solat Tarawih





Berikut merupakan senarai kelebihan setiap malam solat tarawih:
  1. Keluar dosa orang Mukmin seperti mana dia baru dilahirkan. Ini bermakna dia diampunkan oleh Allah segala dosanya.
  2. Diampunkan dosa orang Mukmin serta kedua ibu bapanya.
  3. Malaikat di bawah Arasy berseru supaya terus melakukan solat Tarawih.
  4. Mendapat pahala seperti pahala membaca kitab Zabur, Taurat, Injil dan Quran.
  5. Mendapat pahala bersolat di Masjid Haram di Makkah, Masjid Nabi di Madinah dan Masjid al-Aqsa di Palestin.
  6. Mendapat pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Makmur. Batu-batan dan tanah mendoakan agar diampunkan dosanya.
  7. Mendapat pahala orang yang berjuang bersama Nabi Musa a.s. melawan Firaun dan Haaman.
  8. Mendapat pahala Tarawih seperti pahala Nabi Ibrahim a.s.
  9. Pahala dan mutu ibadat seperti Nabi Muhammad s.a.w.
  10. Mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
  11. Keluar dari dunia iaitu mati dalam keadaan bersih daripada dosa.
  12. Pada hari kiamat, mukanya bercahaya.
  13. Pada hari kiamat, aman sentosa daripada kejahatan dan keburukan.
  14. Malaikat bersaksi bahawa dia bersolat Tarawih.
  15. Semua malaikat yang menanggung Arasy dan Kursi berselawat dan mendoakannya.
  16. Terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
  17. Pahala bertarawih seperti pahala para Nabi a.s.
  18. Malaikat berseru: "Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah reda kepada engkau dan kepada kedua ibu bapa engkau."
  19. Ditinggikan darjatnya dalam syurga Firdaus.
  20. Mendapat pahala mati syahid dan orang soleh.
  21. Dibina sebuah istana dalam syurga daripada nur (cahaya).
  22. Pada hari kiamat, aman daripada dukacita, kerisauan dan huru-hara Padang Mahsyar.
  23. Dibina sebuah bandar dalam syurga daripada nur (cahaya).
  24. Diberi 24 doa yang mustajab (diterima oleh Allah)
  25. Dilepaskan daripada seksa kubur.
  26. Pahala 40 tahun beribadat.
  27. Ganjaran melintas titian Siratul Mustaqim sepantas kilat.
  28. Diberi seribu darjat di akhirat.
  29. Mendapat pahala seribu haji mabrur (yang diterima Allah).
  30. Penghormatan daripada Allah dengan firman-Nya:

"Wahai hamba-Ku! Makanlah segala jenis buah yang engkau ingin di dalam syurga, mandilah engkau daripada air syurga Salsabila, dan minumlah daripada air telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama "al-Kauthar".

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails