Ahad, 1 Ogos 2010

Adab Berdoa




Sebelum
  • Sediakan hati bahawa Allah bersifat dengan sifat harus melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan-Nya. Bertaubatlah juga kepada Allah.
  • Sebaik-baiknya berada dalam keadaan suci daripada hadas dan berwuduk.
  • Menghadap kiblat jika tiada halangan.
  • Memilih waktu yang mustajab untuk berdoa seperti pada hari Arafah, bulan Ramadan, hari Jumaat dan sebagainya.
  • Memilih keadaan yang baik untuk berdoa seperti ketika sujud, antara dua khutbah, ketika berpuasa dan lain-lain.
  • Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga nampak ketiak dan menyapu kedua-dua tangan ke muka apabila selesai berdoa.
  • Digalakkan solat sunat hajat sebelum berdoa atau meminta sesuatu.
  • Pastikan makanan dan minuman anda daripada sumber yang halal. Ini kerana Allah menolak doa orang yang makan dan dibesarkan daripada sumber haram.
  • Hendaklah mengutamakan berdoa untuk diri sendiri berbanding mendoakan orang lain.

Semasa
  • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
  • Berdoa dengan mengucapkan "Ya Rab" sebanyak tiga kali.
  • Mengakui dan menyesali dosa yang dilakukan.
  • Tidak mengangkat suara ketika berdoa.
  • Berdoa dengan penuh perasaan takut dan gerun akan kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepada-Nya.
  • Berdoa dengan penuh perhatian dan kesungguhan.
  • Ulangi doa yang dibaca.
  • Tidak berdoa dengan sesuatu keburukan.
  • Menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat (al-jami').
  • Diharuskan juga bertawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukan.

Selepas
  • Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa.
  • Mengaminkan doa yang dibacakan.
  • Bersangka baik bahawa Allah akan memakbulkan doa kita. Jika tidak pasti ada alternatif lain diberikan Allah, sama ada kita sedar atau tidak.
  • Bersabar menanti jawapan Allah terhadap doa yang dipohon.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails