Khamis, 28 Oktober 2010

Piramid


Piramid




Bangunan piramid telah dibina oleh banyak kebudayaan silam sebenarnya. Yang paling terkenal adalah di Mesir. Ia dibuat daripada batu padu yang dibina sebagai makam Firaun. Piramid Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek Imhotep untuk Raja Zoser. Selain itu, Piramid Besar Kufu mengambil masa 20 tahun untuk disiapkan. Ia mengandungi dua juta batu blok yang setiap satunya seberat satu tan dan tapaknya pula seluas 13 ekar dengan ketinggian 482 kaki. Piramid Mesir mempunyai permukaan batu kapur yang licin dan sudah tentunya ia kelihatan hebat apabila siap dibina. Apa yang tinggal sekarang hanyalah batu kasar. Orang Nubia membina lebih banyak piramid berbanding orang Mesir tetapi ia jauh lebih kecil. Piramid Nubia dibina lebih curam berbanding piramid Mesir dan merupakan tugu untuk raja yang meninggal dan bukannya makam. Piramid Nubia dibina pada 300 SM. Manakala orang Babylon pula membina piramid bertingkat yang dikenali sebagai piramid bertingkat. Piramid yang dibina di Mesopotamia biasanya dikenali sebagai Zigurat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails