Sabtu, 2 Oktober 2010

Layanzzzz 5!!


Planet 51 (2009)

Em, citer nie memang lain dari yang lain..kisah tentang seorang angkasawan Amerika yang bernama Captain Charles "Chuck" Baker (suara The Rock) yang mendarat di sebuah planet yang ada kehidupan..didiami makhluk asing..gaya hidup pun macam manusia...hehe..ada gak unsur lawak..terutama ada satu watak makhluk asing yg jd penyanyi jalanan..memang lawak..hehe..






Setem (2009)


Terus terang saya katakan semasa kali pertama menonton filem arahan Kabir Bhatia ni pada tahun lepas, saya merasakan filem nie xbest sebab jalan citer yg slow..jd tak tengok la sampai habis..tapi kawan saya cakap citer nie best sebab jalan citer yang menarik..so, saya pun tengok la filem nie buat kali kedua sampai abis..apa ulasan saya pada kali ini?? em, saya setuju dengan kata2 daripada rakan saya tu..best citer nie..tapi masa part2 awal je yg slow..sebab tu macam xbest..tapi masa citer nie dah tengah2 baru best..hehe..hero filem nie adalah Rashidi Ishak..dah lama dah mamat nie tak jadi hero dalam filem..kali terakhir pun dalam citer 'Mimpi Moon"..hero kedua adalah Afdlin Shauki..pelakon2 lain seperti Vanidah Imran, Que Haidar, Bront Palarae dan Diana Danielle..








The Princess and The Frog (2009)

Filem animasi terbitan Syarikat Walt Disney ini ditayangkan pada tahun 2009. Plot citer nie mengisahkan seorang putera raja negara Maldonia iaitu Putera Naveen yang berubah menjadi seekor katak selepas disumpah oleh seorang pengamal voodoo yang jahat bernama Dr Facilier..watak heroin citer nie iaitu Tiana pun berubah menjadi katak jugak..haha..buat pertama kali rasanya watak2 utama adalah berkulit hitam..biasanya kalau hero dan heroin mesti watak kartun orang putih..tetapi berlainan dengan citer nie..setiap filem animasi mesti ada watak "sidekick" yang membantu watak utama..macam citer nie watak seekor buaya yang bernama Louis yang suka bermain trumpet memang menghiburkan..hehe..ending citer nie Putera Naveen dan Tiana berubah semula menjadi manusia..status Tiana pun bertukar kepada Puteri Tiana..Dr Facilier pulak abis dihentam dengan makhluk2 belaannya..sesuai ditonton oleh seisi keluarga..






The Expendables (2010)

Buat pertama kalinya filem ini menggandingkan nama2 besar pelakon aksi dalam dunia hiburan Hollywood..Diterajui oleh pelakon kelahiran Itali merangkap pengarah filem ini iaitu Sylvester Stallone, pelakon aksi kelahiran Perancis, Jason Statham dan pelakon Hong Kong, Jet Li..Turut berlakon dalam filem nie ialah Dolph Lundgren, Mickey Rourke dan Steve Austin (Stone Cold)..Arnold Schwarzenegger dan Bruce Willis hanya berlakon "cameo" sahaja dalam filem ini..Filem nie banyak unsur2 ganas dan hanya sesuai ditonton oleh penonton di usia 18 tahun ke atas..Bagi saya biasa je citer nie..tak la best sangat..






Predators (2010)


Filem nie mengisahkan sebilangan bekas banduan yang telah dihantar oleh pihak "misteri" ke satu planet yang didiami oleh "predators"..kiranya kalau nak selamat kena bertarung dengan makhluk asing tu habis-habisan..bukan satu tapi banyak..ending citer nie si hero lakonan Adrian Brody lawan satu sama satu dengan seekor predator (ketua kot)..akhirnya hero n heroin je yang hidup..yang lain semua mati..em, masa nie la boleh tengok badan Adrian Brody yang bajek besar tu..tapi tak setanding la ngan Si Arnold tu..huhu..






Lagenda Budak Setan (2010)

Filem yang diadaptasi dari novel yang dikarang oleh Ahadiyat Akashah nie ditayangkan di seluruh Malaysia pada bulan Jun yang lalu serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton filem tanah air..arahan daripada Sharad Sharan..first time kot dapat kutipan box office..hehe..Mengisahkan Kasyah (lakonan Farid Kamil) merupakan seorang pelajar yang nakal ketika belajar di kolej sehingga rakan serta penuntut kolej tersebut melabelkan dia sebagai "budak setan"..Kasyah berubah menjadi baik setelah dia tidak sengaja mengenakan seorang awek yang bernama Ayu lakonan Lisa Surihani..setakat tu je yang saya boleh ceritakan..huhu..yang tak best nye citer nie sebab banyak adegan peluk2..macam orang Barat..dapat dosa free je..pastu ada la seorang aktres filem nie yang berpakaian seksi..isk3..apapun lagu tema filem nie "Bila Cinta" best..lakonan Que Haidar pun mantap..banyak bermain dengan emosi..lagi satu, filem nie semestinya penuh dengan kejiwangan..hahahaha..






Nightmare on Elm Street (2010)


Filem nie merupakan remake daripada filem asal yang judulnya adalah sama sekitar era 80-an dulu..Mengisahkan hantu yang mengganggu serta boleh membunuh remaja dalam mimpi yang bernama Freddy Krueger..kesian tengok watak2 yang bakal menjadi mangsa sebab tak boleh tidur..kalau tidur je memang jumpa la ngan si Freddy Krueger bertangan bilah nie..Mangsa2 pun mati dengan cukup kejam..nasib baik la hero n heroin hidup masa ending citer nie..kalau ikut filem asal watak hero masa tu yang dipegang oleh Johnny Depp mati sebab nak selamatkan heroin..tapi kali nie ia diolah semula dan hero pun hidup..Tahyul citer nie..tapi saya tengok pun sekadar nak ambil pengajaran..





How To Train Your Dragon (2010)



Bagi saya filem nie menyeronokkan..Mengisahkan Hiccup, seorang pemuda yang bercita-cita menjadi pahlawan Viking seperti ayahnya..Pada zaman tersebut manusia bermusuh dengan naga2..Spesies naga yang paling ditakuti oleh manusia zaman tu adalah "Night Fury" sebab naga tersebut tersangat la misteri..Ayah si Hiccup tu tak bagi anaknya menjadi seorang Viking sebab risiko nak mati tu adalah tinggi..Nak jadi seorang viking pun memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menentang naga seperti pandai berlawan dan sebagainya..tapi si Hiccup nie tetap berdegil sebab memang cita2 dia nak jadi seorang viking..pada suatu hari di waktu malam, dia menggunakan peralatan yang direkanya untuk menentang naga..Peralatan yang digunakannya telah mengena sasaran..sasaran yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah naga spesies "Night Fury"..dipendekkan cerita si Hiccup nie berkawan baik dengan si Night Fury tu..timbul perasaan sayang terhadap naga tu..pada masa yang sama Hiccup menyedari bahawa semua naga adalah baik..ada sebab kenapa naga2 tersebut menjadi ganas..em, muka naga Night Fury tu macam watak dalam citer Pokemon je..huhu..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails