Isnin, 25 Oktober 2010

Pengalaman Baru..




Letih dan memenatkan..tak cukup tidur..itulah antara bentuk penangan yang diterima oleh para AJK2 yang menguruskan Hari Kokurikulum IPG Kampus Perlis 2010, lebih2 lagi AJK Induk..Saya pun tidak terkecuali..dipilih untuk mengetuai bahagian gerai jualan..first time kena handle bahagian tersebut..Pada mulanya tidak dinafikan ada juga perasaan geram..sebab apa saya geram?? sebabnya nama saya dipilih oleh individu2 yang saya rasakan seperti sengaja mengenakan saya..main bubuh je..tanpa ada perbincangan..masa first sekali mesyuarat AJK2 Induk bersama pensyarah penasihat ada kawan beritahu yang saya dipilih ntuk bahagian gerai jualan..masa tu saya tak pergi meeting..sebab rasa macam kawan saya main2 je..tapi bila berjumpa dengan pengerusi untuk program tersebut baru saya percaya.. em, takpe la..dapat la jugak pengalaman baru..huhu..menerusi mesyuarat dengan pensyarah penasihat, target untuk gerai jualan adalah sebanyak 20 gerai..!!! satu bentuk target yang tinggi..bila saya bertanya kepada rakan2, ramai antara mereka mengatakan agak mustahil untuk mencapai sasaran tersebut..sebab bila tengok pada tahun lepas je ada 10 je gerai jualan..mustahil sasaran 20 gerai jualan dapat dicapai dalam masa yang agak terhad..tetapi saya just cuba jugak promote kat student..alhamdulillah, jumlah semua gerai yang melibatkan student adalah sebanyak 16 gerai..kira banyak dah tu..masa nie pun timbul la satu masalah..masalah khemah..khemah yang hanya dapat disediakan oleh penganjur sebanyak 6 khemah sahaja..khemah dari Jabatan Teknikal IPG Kampus Perlis..seperti yang dirancang, 1 khemah akan melibatkan 2 gerai..so, jumlah gerai di khemah adalah sebanyak 12..saya dah try tempah 4 lagi khemah dari luar tapi xdapat..sebabnya perlu tempah sebulan lebih awal daripada tarikh satu2 event dilaksanakan..jadi untuk 4 lagi gerai saya terpaksa memohon payung untuk gerai jualan dari Jabatan PJ sebanyak 4..untuk lebih adil, sistem undian untuk tapak gerai jualan terpaksa juga dilaksanakan..mereka yang bertuah akan berniaga di bahagian khemah manakala yang kurang bernasib baik akan berniaga di bawah payung..selepas undian dijalankan, maka peniaga2 yang akan berniaga di bawah payung pun sudah dikenalpasti..sistem cagaran kebersihan juga dilaksanakan supaya para peniaga menitikberatkan aspek kebersihan ketika berniaga..Alhamdulillah, selepas tamat program tersebut pada hari semalam (Ahad), keadaan semua gerai berada dalam tahap yang memuaskan..akhir kata, terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan gerai jualan sepanjang program tersebut dijalankan..jasa kalian hanya Allah SWT yang mampu membalasnya..Moga ia dikira sebagai ibadah di sisi-Nya..InsyaAllah..


Dedicated to:-
Abdul Muhaimin b. Abd Hamid - PISMP Pengajian Agama (A) Semester 6,
Mohd Asyran b. Mohd Nasir - PISMP Pengajian Agama (B) Semester 6,
Mauludin b. Mistar - PISMP Pengajian Agama (A) Semester 6,
Mohd Hafizi b. Abdul Basar - PISMP Pengajian Seni Visual Semester 6,
Mohamad Amir b. Mohamad Zaki - PISMP Pengajian Agama (B) Semester 6,
Muhammad Faiq b. Zulkiply - PISMP Pengajian Agama (A) Semester 6,
Mohd Nurul Khalbi b. Abdul Halim - PISMP Pengajian Agama (A) Semester 6,
Muhammad Zakwan b. Halim - PISMP Pengajian Agama (A) Semester 6,
Muhammad Farhan Afif b. Othman - PISMP Pengajian Agama (B) Semester 6,
Mohd Azlan b. Ali Afandi - PISMP Pengajian Agama (A) Semester 6,
Hafifi b. Hassan - PISMP Matematik Semester 6,
Mohd Faizal b. Abd Rahman - PISMP Pengajian Muzik (A) Semester 6,
Mohd Ridhuan - PPISMP Pengajian Agama (A) Semester 3,
Hasbi Siddiqui - PPISMP Pengajian Agama (A) Semester 3,
Siti Fatimah bt Othman - PISMP Pengajian Agama (B) Semester 6,
Mawaddah bt Saaidin Khadri - PISMP Pengajian Agama (B) Semester 6

1 ulasan:

Zaher berkata...

nak nama jugak..

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails