Selasa, 29 Mac 2011

Bill Gates




Nama sebenar ialah William Hery Gates III. Lahir pada 28 Oktober 1955. Dikenali sebagai Bill Gates. Tokoh berdarah Yahudi. Sumbangan terbesar Bill kepada masyarakat dunia ialah dengan memperkenalkan Teknologi Microsoft Corporation. Bill merupakan salah seorang tokoh perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Beliau dihormati ramai dengan kekayaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya. Namun begitu, taktik perniagaan Bill sering dikritik kerana tidak bersaing dengan adil. Bill juga menghadapi tuduhan serius dan seringkali naik turun ke mahkamah. Di sebalik semua yang terjadi, Bill tidak pernah melupakan tanggungjawab sosialnya. Beliau sering mendermakan sejumlah wang kepada banyak organisasi dan program kajian sains melalui Bill & Melinda Gates Foundation. Majalah Forbes menyenaraikan Bill sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut2. Rumahnya yang terletak di pinggir Tasik Washington bernilai USD125 juta seterusnya diiktiraf sebagai rumah termahal di dunia. Percaya atau tidak sewaktu kecil Bill menghidapi penyakit autisme iaitu sejenis penyakit yang sukar untuk pesakit berkomunikasi seperti gagap, tidak boleh menyebut perkataan dengan lancar dll.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails