Jumaat, 1 April 2011

Banjir di Perlis..


Jemaah yang pulang daripada mengerjakan solat Jumaat di Masjid Putra, Perlis.



Hari ini merupakan hari yang keempat Perlis dilanda banjir..Buat pertama kali sepanjang 5 tahun saya belajar di Perlis, kejadian banjir berlaku di Perlis pada bulan Mac..5 bulan yang lalu, penduduk negeri ini terpaksa menghadapi banjir yang berlarutan melebihi seminggu..kali ini ia berlaku lagi..Berita terkini melaporkan bahawa sebanyak 18 buah sekolah di Perlis masih ditutup akibat dilanda banjir..sekolah tersebut adalah SK Padang Melangit, SK Seri Indera, SK Putra, SK Abi, SK Titi Tok Bandar, SK Seri Perlis, SK Stella Maris, SJK (T) Kangar, SMK Syed Hassan, SMK Derma, SMK Putra, SMK Perlis, SMK Vokasional Kangar dan SMA (P) Kangar..4 sekolah yang dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir pula ialah SK Sena, SK Panggau, SK Behor Empiang dan SMK Dato Ali Ahmad..Kejadian banjir kali ini berlaku di luar jangkaan manusia..ia datang secara tiba2..apabila berlaku perkara sebegini, barulah kebanyakan manusia mengingati dan senantiasa berdoa kepada Yang Esa..kan bagus kalau sentiasa mengingati ALLAH sepanjang masa, tidak kira ketika berada pada situasi senang ataupun susah..sama2 lah kita bermuhasabah diri..




0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails