Sabtu, 9 April 2011

Layannnzzz 8




Gulliver's Travels (2010)



Best la jugak bila tengok citer nie..Lamuel Gulliver (Jack Black) telah ditugaskan oleh penulis wanita yang bernama Darcy (Amanda Peet) untuk pergi mengembara ke Kepulauan Bermuda secara solo selepas penulis tersebut kagum dengan penulisan si Lamuel..Padahal si Lamuel wat plagiat kat penulisannya..ha3..Semasa mengembara secara solo dengan menaiki bot, akhirnya si Lamuel terdampar ke sebuah pulau ..Diringkaskan cerita Lamuel sampai ke tempat yang bernama Liliput yang mana Lamuel terkejut besar sebab penduduk di situ semuanya kecik2 macam semut..Dan mereka menganggap Lamuel ni raksasa sebab saiz badan besar bak gergasi..Nak dekat ending citer nie, Darcy pun terdampar ke pulau tersebut dan berjumpa semula dengan Lamuel..Akhirnya mereka balik semula ke Amerika bersama2..






Haq (2011)



Filem terbitan syarikat milik pelakon Nanu Baharudin nie menggunakan banyak imej janaan komputer atau CGI..dan bagi saya apabila menonton filem ini, pengarah lebih suka menonjolkan unsur material atau mewah sahaja..lebih2 lagi apabila melihat penggunaan kereta sport, rumah mewah dll..Walhal kalau tidak silap saya la filem nie tidak mencapai kutipan yang baik..kiranya xpulang modal la..Dan banyak juga adegan2 xpakai baju dipaparkan dalam filem ni, lebih2 lagi watak antagonis yang dibawa oleh aktor Adi Putra..






Kembar Siang (2011)



Bosan bila tengok filem ini..menyesal beli DVD..isk3..Pelakon utama adalah Kamal Adli yang memegang dua watak dan Intan Ladyana..Citer pasal kembar..sorang normal, sorang lagi cam terencat..Ending citer dua2 kembar nie pun kawin gak ngan kembar (Intan Ladyana)..







Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011)


Filem pertama Malaysia yang ditayangkan pada tahun 2011 ini menampilkan Syamsul Yusof sebagai hero merangkap pengarah, Liyana Jasmay dan Sabrina Ali..Filem seram nie berjaya mencatat kutipan box-office..Ada jugak adegan seram yang tidak pernah ditonjolkan dalam mana2 filem seram keluaran negara Malaysia yang lain..Nak bagi spoil sket tntg citer nie..watak Syamsul Yusof tu jahat sebab dia guna khidmat bomoh untuk memikat watak Sabrina Ali..kesannya si Sabrina tu mula la suka kat Syamsul..tapi Syamsul dah mula suka dekat perempuan lain lakonan Liyana Jasmay dan kawin pastu..Dia dah xsuka ngan watak Si Sabrina tu sebab kaki bersosial kat kelab malam..Si Sabrina tu lak cam xleh nak lupakan si Syamsul tu..maklum la muka cam Tom Cruise (ahaks)..last2 bunuh diri..pengajaran citer nie, pilihlah pasangan yang baik untuk dijadikan sebagai teman hidup..selamat dunia n akhirat..dan jangan sesekali syirik kepada Allah..Sebab dosa syirik nie merupakan satu2 nya dosa yang tidak diampunkan oleh-Nya..






Marmaduke (2010)




Boleh pecah perut bila tengok citer nie..lawak tengok kerenah si anjing yang bernama Marmaduke (Owen Wilson) bersama teman baiknya si kucing yang mempunyai suara ala2 rockers..hehe..Sesuai ditonton oleh seisi keluarga..








Shaolin (2011)



Menampilkan Andy Lau sebagai teraju utama, dibantu oleh Nicholas Tze dan Jackie Chan..Citer yang bertemakan persahabatan, konflik politik dalam tentera dan percintaan..Nicholas Tze jahat dalam citer nie..Diringkaskan cerita, Andy Lau mati dalam citer nie..sebelum mati sempat la dia bertaubat dengan menjadi seorang sami..tu pun selepas mendapat petunjuk apabila berjumpa dengan seorang sami yang bekerja sebagai tukang masak (Jackie Chan)..







Sini Ada Hantu (2011)



Filem nie ada 3 kisah hantu..Hantu Pokok Pisang, Hantu Nombor Ekor dan Hantu Jepun..tak seram la bila tonton filem ini..unsur2 kelakar ada la..hahaha..Ramai pelakon baru yang berlakon dalam filem ini..Hanya Fasha Sandha dan Eira Syazira sahaja pelakon terkenal yang berlakon dalam filem nie..






Rapunzel: A Tangled Tale (2010)



Filem yang baru saya tengok pada hari ini..Filem yang berdurasi selama 1 jam 30 minit nie menceritakan seorang anak perempuan pasangan diraja yang bernama Rapunzel telah diculik oleh seorang tukang sihir wanita kerana mengandungi kuasa sakti seperti boleh memanjangkan usia dll melalui rambutnya yang panjang..Diringkaskan cerita, si Rapunzel nie menganggap tukang sihir tu maknya..dan dia diminta untuk tinggal di sebuah menara serta tidak dibenarkan untuk keluar daripada menara tersebut..Alasannya kerana dunia luar berbahaya..Padahal tukang sihir pompuan tu xbagi si Rapunzel keluar daripada menara kerana takut rahsianya terbongkar..Pada suatu hari, lelaki bernama Eugene iaitu seorang pencuri melarikan diri daripada dikejar oleh askar2 istana..dan akhirnya dia terjumpa menara yang didiami oleh Rapunzel dan bersembunyi di situ drpd kantoi ngan pegawai2 istana tersebut..dari situ la Rapunzel berkenalan ngan Eugene..ending filem nie, tukang sihir wanita tu mati terjatuh daripada tingkap menara sebab terkejut selepas si Eugene memotong rambut Rapunzel yang panjang..kuasa sakti hilang dan tukang sihir tu jadi tua kerepot..si Rapunzel pun akhirnya jumpa la semula ngan kedua2 ibu bapanya yang juga raja dan permaisuri di negara tersebut selepas berpisah selama 18 tahun..






The Tourist (2010)



Filem bercorakkan romantik, komedi dan thriller nie menampilkan dua pelakon popular, Johnny Depp dan Angelina Jolie..Mengisahkan seorang wanita bernama Elise (Jolie) yang melarikan diri daripada diekori oleh polis Perancis, polis Scotland dan pasukan Interpol..Di sebuah kafe, dia menerima surat daripada Alexander Pierce, bekas pakwenya juga seorang penjenayah yang dipercayai berada di Venice, Itali..Selepas itu Elise bergegas ke keretapi dan berjumpa pula dengan seorang lelaki Amerika yang bernama Frank Tupelo (Depp)..Spy2 polis yang berada di situ beranggapan Elise bersama dengan Alexander Pierce..Diringkaskan cerita, si Elise tu sebenarnya polis..Dia jatuh cinta ngan Alexander Pierce ketika menyamar menjadi penjenayah..Si Frank tu pun dah mula suka kat Elise selepas berkenalan sepanjang berada di Venice, Itali..Masa Elise kena tangkap ngan Reginald Shaw, seorang mafia yang dikhianati oleh Alexander, si Frank datang untuk menyelamatkan Elise..pada mulanya si Frank berpura2 mengatakan bahawa dia adalah Alexander Pierce..Tujuannya nak selamatkan Elise..siapa sebenarnya Alexander Pierce?? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah Frank Tupelo sendiri (Depp)..untuk keterangan lanjut tengok jela filem nie..








Tron Legacy ( 2010 )



Filem nie memang mantap dari segi kesan CGI..Watak Jeff Bridges merangkap ayah kepada hero mati dalam filem nie..tak nak ulas panjang..just want to say "BEST"..hehe..





2 Alam (2010)



Filem yang dijangka mencapai kutipan 40 juta oleh produser sendiri iaitu Dato Dr Rozmey (DDR) nie banyak babak flash back..watak utama yang dibawa oleh pelakon baru Suhailah Salam pun seksi habis..isk3..Pengajaran citer nie jangan ubah ciptaan Allah seperti tukar jantina..jangan derhaka kepada kedua ibu bapa dll..Kesannya apabila mati, tanah tidak akan menerima jasad dan banyak lagi dugaan atau azab dunia yang menimpa si mati..Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Aaron Aziz, Faizal Hussein dan Suhailah Salam..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails