Jumaat, 1 April 2011

Di Sebalik Peristiwa "April Fool"




Setiap tahun menjelang 1 April, sebilangan besar manusia termasuk mereka2 yang beragama Islam meraikan hari tersebut yang dikenali sebagai "April Fool's Day"..Hari tersebut sebenarnya merupakan salah satu budaya yang diperkenalkan oleh Barat; sama seperti Valentine's Day..Menyentuh kembali perayaan April Fool's Day, ia mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol..Setelah bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya tumbang diserang tentera Kristian laknatullah..Penduduk2 Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di rumah masing2 untuk menyelamatkan diri daripada pihak musuh..Tentera2 Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang2 Islam di Sepanyol..Penduduk2 muslim telah diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dalam keadaan selamat bersama barang2 keperluan mereka dengan menggunakan kapal2 yang berlabuh di pelabuhan..Orang2 muslim yang bimbang jika tawaran tersebut merupakan satu tipu muslihat telah pergi ke pelabuhan tersebut untuk melihat sendiri kapal2 yang dimaksudkan..Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak..Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barang yang ingin dibawa menuju ke pelabuhan..Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk2 Islam ini..Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar..Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya termasuk lelaki, perempuan serta kanak2 kecil..Peristiwa berdarah yang menyedihkan buat umat Islam ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian..Perayaan ini akhirnya diraikan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di seluruh dunia..Yang lagi menyedihkan, orang2 Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikannya lagi taksub tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai2 saudara seIslam mereka sendiri..Semoga kita yang beragama Islam mengambil pengajaran daripada peristiwa ini..SAY NO TO APRIL FOOL'S DAY!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails