
Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2011 yang akan tiba tidak lama lagi..Semoga tahun 2011 lebih memberikan 1001 makna kepada setiap insan yang masih hidup di muka bumi ini termasuk la diri saya..InsyaAllah..
Mengharap Kebahagiaan Hakiki..































Em, citer nie memang lain dari yang lain..kisah tentang seorang angkasawan Amerika yang bernama Captain Charles "Chuck" Baker (suara The Rock) yang mendarat di sebuah planet yang ada kehidupan..didiami makhluk asing..gaya hidup pun macam manusia...hehe..ada gak unsur lawak..terutama ada satu watak makhluk asing yg jd penyanyi jalanan..memang lawak..hehe..
Filem animasi terbitan Syarikat Walt Disney ini ditayangkan pada tahun 2009. Plot citer nie mengisahkan seorang putera raja negara Maldonia iaitu Putera Naveen yang berubah menjadi seekor katak selepas disumpah oleh seorang pengamal voodoo yang jahat bernama Dr Facilier..watak heroin citer nie iaitu Tiana pun berubah menjadi katak jugak..haha..buat pertama kali rasanya watak2 utama adalah berkulit hitam..biasanya kalau hero dan heroin mesti watak kartun orang putih..tetapi berlainan dengan citer nie..setiap filem animasi mesti ada watak "sidekick" yang membantu watak utama..macam citer nie watak seekor buaya yang bernama Louis yang suka bermain trumpet memang menghiburkan..hehe..ending citer nie Putera Naveen dan Tiana berubah semula menjadi manusia..status Tiana pun bertukar kepada Puteri Tiana..Dr Facilier pulak abis dihentam dengan makhluk2 belaannya..sesuai ditonton oleh seisi keluarga..
Buat pertama kalinya filem ini menggandingkan nama2 besar pelakon aksi dalam dunia hiburan Hollywood..Diterajui oleh pelakon kelahiran Itali merangkap pengarah filem ini iaitu Sylvester Stallone, pelakon aksi kelahiran Perancis, Jason Statham dan pelakon Hong Kong, Jet Li..Turut berlakon dalam filem nie ialah Dolph Lundgren, Mickey Rourke dan Steve Austin (Stone Cold)..Arnold Schwarzenegger dan Bruce Willis hanya berlakon "cameo" sahaja dalam filem ini..Filem nie banyak unsur2 ganas dan hanya sesuai ditonton oleh penonton di usia 18 tahun ke atas..Bagi saya biasa je citer nie..tak la best sangat..
Filem yang diadaptasi dari novel yang dikarang oleh Ahadiyat Akashah nie ditayangkan di seluruh Malaysia pada bulan Jun yang lalu serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton filem tanah air..arahan daripada Sharad Sharan..first time kot dapat kutipan box office..hehe..Mengisahkan Kasyah (lakonan Farid Kamil) merupakan seorang pelajar yang nakal ketika belajar di kolej sehingga rakan serta penuntut kolej tersebut melabelkan dia sebagai "budak setan"..Kasyah berubah menjadi baik setelah dia tidak sengaja mengenakan seorang awek yang bernama Ayu lakonan Lisa Surihani..setakat tu je yang saya boleh ceritakan..huhu..yang tak best nye citer nie sebab banyak adegan peluk2..macam orang Barat..dapat dosa free je..pastu ada la seorang aktres filem nie yang berpakaian seksi..isk3..apapun lagu tema filem nie "Bila Cinta" best..lakonan Que Haidar pun mantap..banyak bermain dengan emosi..lagi satu, filem nie semestinya penuh dengan kejiwangan..hahahaha..
