Ahad, 4 Julai 2010

Peristiwa Jumaat yang melucukan..

Peristiwa melucukan ni berlaku ketika saya berada di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Jengka, Pahang untuk menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah lain pada tanggal 25 Jun yang lepas..sedang khusyuk mendengar khatib membaca khutbah, tiba2 terdengar bunyi gelakan budak2 yang duduk di saf belakang..bila saya menoleh ke belakang, didapati seorang lelaki yang diramal berusia dalam 40-an yang menjadi pencetus ketawa oleh budak2 tadi..gayanya yang pelik mengesahkannya lagi..kemudian, lelaki tadi meluru ke barisan hadapan seterusnya duduk dan mendengar khatib membaca khutbah..masa nilah dia menunjukkan taringnya..maksud saya bukan taring gigi tapi perangainya yang sebenar..selalu menyampuk masa khatib baca khutbah..tengok muka khatib pun macam tak selesa..hehe..

Masa nak solat saya harap lelaki tadi tak la buat perangai..tapi jangkaan saya ternyata meleset..dia wat perangai masa dalam solat..masa imam tak habis lagi baca al-Fatihah dia dah baca dah al-Fatihah..ikut dan dia je..baca pun bukannya suara slow tapi kuat..boleh dengar satu masjid..pastu bila nak sebut AMIN dia sebut dengan lenggokan suara yang melawakkan..masa tulah kedengaran suara beberapa orang tergelak..termasuklah orang tua..masa tu saya boleh tahan lagi..hehe..cabaran terakhir masa tok imam nak mengucapkan salam pertama..bila imam mengucapkan salam pertama lelaki tadi pun menjawab dengan sekuat hati "Waalaikumussalam tok imam"..lagi la banyak kedengaran suara jemaah yang menahan gelak..masa tok imam membaca doa pun lelaki tadi mendoakan macam2..yang saya ingat dia doa macam nie "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah tok imam kami..tok imam nombor satu Masjid Bandar Pusat Jengka..Ya Allah..chup2..(bunyi cam nak cium)..pastu banyak kali cakap AMIN dengan suara yang boleh buat orang ketawa..eiy...macam2..lepas abis doa je saya terus solat semula..first time la dalam hidup saya terlibat ngan peristiwa lawak cam nie masa solat Jumaat..Hehe..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails