Sabtu, 31 Julai 2010

Konsert Kumpulan Far East

Alhamdulillah, konsert Far East selamat juga diadakan pada 29 Julai 2010 yang lalu bersamaan hari Khamis pada jam 9.30 malam bertempat di Dewan Indera Kayangan, IPG Kampus Perlis anjuran Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) serta Biro Kerohanian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus Perlis..Walaupun saya sibuk dengan persiapan untuk mengajar murid di sekolah pada hari keesokannya yakni hari Jumaat, saya masih berkesempatan untuk menghadiri konsert kumpulan nasyid tersebut..Kumpulan Far East dianggotai oleh 4 orang tetapi yang hadir cuma 3 orang sahaja..Seorang lagi tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain yakni bertugas sebagai seorang guru di sekolah yang terletak di negeri Perak..Em, seronok melihat persembahan mereka secara "live"..suara mereka sememangnya sedap..macam dalam kaset je..antara lagu2 yang mereka nyanyikan pada malam itu ialah Nur Syahadah, Ahlan Bina dan lagu2 yang sesuai untuk tema pada malam tu..Lupa pulak nak bagitau tema pada malam tersebut ialah bertemakan padang pasir..Ramai jugak la kawan2 yang memakai pakaian ala2 arab..yang lelaki memakai jubah..yang perempuan pulak memakai burqa..terasa macam di negara arab pulak..hehe..Em, sebenarnya saya suka dengan lagu "Cinta Pertama" tetapi kumpulan Far East tak nyanyi lagu tersebut..maybe lagu tu tak selari dengan tema pada malam tu kot..Apapun memang enjoy la pada malam tu..kali terakhir saya menonton konsert nasyid pun pada sekitar tahun 2005 di sekolah lama saya yang membabitkan persembahan Kumpulan nasyid Brothers..Tepat jam 11.30 malam saya pun berangkat pulang ke Aspura untuk menyiapkan BBM untuk mengajar murid2 di sekolah..:-)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails