Rabu, 14 Julai 2010

Sepanyol dinobatkan selaku juara baru Piala Dunia 2010

Perlawanan akhir bolasepak Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan boleh diklasifikasikan sebagai perlawanan klasik yang akan dikenang sepanjang zaman kerana menemukan dua pasukan gergasi bolasepak yang belum pernah menjuarai Piala Dunia..Perlawanan akhir Piala Dunia bagi edisi kali ini melibatkan pertarungan Belanda menentang Sepanyol. Kedua-dua pasukan sememangnya digeruni oleh pasukan2 lain kerana menampilkan persembahan yang bertenaga pada setiap kali mereka beraksi. Tuah memihak kepada pasukan Sepanyol kerana berjaya menjuarai Piala Dunia buat julung2 kalinya selepas membenam Belanda dengan keputusan 1-0 hasil jaringan pemain lincah, Andres Iniesta. Pasukan Belanda pula meneruskan kemarau mereka untuk menjuarai Piala Dunia apabila kalah buat kali ketiga di pentas final. Sebelum ini mereka layak ke final pada tahun 1974 dan 1978. Tetapi sayangnya mereka kecundang kepada pasukan Jerman dan Argentina. Kini, Sepanyol merupakan kuasa besar dalam sukan bolasepak dan menjadi negara kelapan memenangi Piala Dunia selepas Uruguay, Argentina, Itali, Brazil, Jerman, England dan Perancis..




Andres Iniesta

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails