Sabtu, 17 Julai 2010

Ibnu Sina

Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina @ Avicenna di dunia barat. Beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sebagai doktor @ mahaguru ilmu tersebut serta mendapat gelaran al-Syeikh al-Rais ( Mahaguru pertama). Ibnu Sina terkenal selepas beliau berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibnu Nas al- Samani yang gagal diubati oleh doktor lain. Sumbangan Ibnu Sina sangat besar antaranya penghasilan buku al-Qanun fil al-Tibb tahun 1593 yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Tidak sampai 100 tahun, buku tersebut dicetak dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku2 tersebut dijadikan rujukan di universiti Itali dan Perancis. Beliau telah menulis tentang 760 jenis penyakit dan cara2 menyembuhkannya. Apa yang istimewanya, kepakaran beliau tidak terhad pada bidang perubatan semata2 tetapi merangkumi metafizik, muzik, astronomi, ilmu bahasa, syair, prosa dan agama. Sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Bukan saja unggul dalam bidang perubatan, beliau juga unggul dalam bidang falsafah bahkan mengatasi gurunya sendiri, Abu al-Nasr al-Farabi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails