Khamis, 8 Julai 2010

Asal-Usul Radio




Radio merupakan sejenis alat komunikasi yang menggunakan gelombang elektromagnet atau isyarat radio untuk menghantar maklumat elektronik dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa menggunakan wayar. Unit penghantar dipanggil pemancar, manakala unit yang menukarkan isyarat radio ke bunyi yang boleh didengar dipanggil penerima. Biasanya, penerima dirujuk sebagai satu radio atau peti radio. Pencipta radio ialah Guglielmo Marconi yang berasal dari Itali. Paa mulanya, radio dipanggil telegrafi wayarles. Awalan radio membawa erti penyiaran tanpa talian. Radio ini paling awal digunakan untuk tujuan maritim bagi tujuan menghantar pesanan telegrafi berkod Morse antara kapal dan daratan. Di antara pengguna terawalnya termasuklah tentera laut Jepun meninjau armada Russia ketika Perang Tsushima tahun 1905. Salah satu telegrafi marin yang paling dikenali adalah kejadian tragedi kapal Titanic tahun 1912.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails