Rabu, 28 Julai 2010

Al-Fatihah buat mak saudaraku..

Innalillahiwainnailaihirajiun..itulah kalimah pertama yang saya ucapkan apabila menerima mesej dari abang yang mengatakan mak saudara sebelah abah meninggal dunia secara mengejut sekitar jam 3 petang tadi..(28 Julai 2010)..selepas mendapat mesej dari abang, saya terus menelefon mak saya..menurut kata2 dari mak saya, pada waktu pagi arwah Mak Long kelihatan sihat walafiat dan boleh bersembang seperti hari biasa..tidak berapa lama kemudian, arwah mengadu sakit perut..sekitar jam 3 petang tadi, arwah disahkan meninggal dunia. Arwah meninggalkan 5 orang anak perempuan dan 8 cucu..suami arwah iaitu Pak Long terlebih dulu dijemput Ilahi sekitar tahun 2008..tidak dapat dinafikan perasaan sedih ada di hati saya mengenangkan kenangan saya bersama dengan arwah..saya masih ingat semasa saya kecil sekitar umur 3-5 tahun, saya pernah diasuh dan dijaga oleh arwah di rumahnya di Kampung Kelola, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang..arwah sememangnya rapat dengan saudara mara..termasuk la dengan anak2 buahnya..sedih sebab masa arwah Pak Long meninggal dunia pun saya tak sempat nak berjumpa dengan arwah buat kali terakhir pada tahun 2008 kerana masa tu saya berada di IPG Perlis untuk belajar..kejadian hari ini juga sama seperti dua tahun lepas..apapun ajal sudah ditetapkan oleh-Nya..perlu terima qada dan qadar dari-Nya..Akhir kata, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Al-Fatihah..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails