Ahad, 30 Mei 2010

Sulaiman tolak godaan wanita cantik

Sulaiman bin Yasir adalah seorang lelaki gagah dan tampan. Suatu hari, dia bersama seorang rakannya berniat ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

Tiba di suatu tempat, singgahlah mereka untuk berehat dengan mendirikan khemah.

Sulaiman tinggal di khemah manakala rakannya itu pula keluar membeli barangan keperluan. Ketika bersendirian, tiba-tiba muncul depan Sulaiman seorang gadis cantik seraya berkata: "Beri saya..."

Sulaiman segera berganjak mengambil makanan lalu diberikannya kepada gadis itu tetapi alangkah terkejutnya apabila gadis berkenaan mengatakan: "Saya tidak menginginkan makanan. Saya inginkan bahagian daripada lelaki yang biasa diberikan kepada isterinya,".

Sulaiman tersentak lalu membalas: "Engkau dipersiapkan Iblis untuk godaku." Hati Sulaiman cukup gelisah, dia tunduk dan meletakkan kepalanya antara dua lutut sambil menangis. Melihat keadaan itu, gadis penggoda terbabit segera beredar meninggalkan Sulaiman.

Tidak lama kemudian, terdengar langkah temannya datang. Mata sembab Sulaiman pula belum sempat terhapus. "Ada apakah gerangan wahai Sulaiman," tanya rakannya. Sulaiman menjawab: "Aku teringat puteriku."

Rakannya tidak percaya pada jawapan Sulaiman: "Tidak mungkin. Demi Allah SWT, engkau pasti menyembunyikan sesuatu." Dek terus didesak, Sulaiman akhirnya menceritakan kejadian yang baru sahaja berlaku. Aneh, rakannya yang mendengar cerita itu menangis teresak-esak. Sulaiman hairan dan tertanya-tanya.

"Mengapa engkau pula yang menangis," tanya Sulaiman. Jawab rakannya itu: "Saya lebih layak menangis daripada engkau. Saya berfikir bahawa seandainya sayalah yang mendapat ujian itu, seandainya sayalah yang berada di dalam khemah itu, entah apa yang akan terjadi."

Kemudian sampailah Sulaiman di Kota Mekah, bertawaf dan bersa'ie di Ka'bah. Apabila letih dan lelah, dia berbaring di sudut ruangan berselimutkan pakaiannya sendiri. Sulaiman bermimpi bertemu dengan lelaki tampan, wangi pula baunya. Dia berkata kepada lelaki itu: "Siapakah tuan. Semoga tuan mendapat cahaya rahmat,".

"Aku Nabi Yusuf As-Siddiq," jawabnya. Sulaiman membalas: "Sungguh, engkau mengagumkan wahai Nabi, engkau menang melawan godaan osteri tuanmu." "Sesungguhnya keteguhan engkau terhadap rayuan gadis itu mengagumkan pula," jawab Yusuf dalam mimpi itu.

Mimpinya itu menandakan Sulaiman akan dikumpulkan bersama-sama Nabi Yusuf yang berjaya menolak godaan wanita cantik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails