Rabu, 12 Mei 2010

CHELSEA, juara EPL bagi musim 2009/2010..

Musim ini sememangnya musim yang paling mencabar dalam liga EPL..ini kerana pasukan "BIG FOUR" yang terdiri daripada pasukan Chelsea, Manchester United, Arsenal dan Liverpool telah mencatatkan beberapa kekalahan yang tidak disangka-sangka apabila bertemu dengan pasukan yang meningkat naik seperti Tottenham Hotspur, Manchester City, Aston Villa dan Everton..Ini menjadikan persaingan sengit berlaku bagi musim ini yang baru tamat pada beberapa hari yang lepas..Kesannya salah satu pasukan BIG FOUR iaitu Liverpool tidak dapat beraksi untuk Kejohanan Liga Juara2 Eropah musim hadapan apabila sekadar mendapat tempat ketujuh dalam liga..Pasukan tersebut akan beraksi untuk Kejohanan EUROPA bersama2 pasukan Manchester City, Aston Villa dan Everton..

CHELSEA yang beraksi cemerlang sepanjang musim ini berjaya menewaskan kesemua pasukan BIG FOUR dalam 6 perlawanan termasuk la bertemu dengan musuh ketatnya iaitu penyandang juara bagi 3 musim berturut-turut, Manchester United..Ini merupakan kejuaraan keempat Chelsea sepanjang terbabit dengan liga EPL..tambah manis lagi apabila pasukan CHELSEA juga telah memecahkan rekod jaringan sepanjang musim dalam liga dengan mencatat 103 gol..sebelum ini tiada lagi pasukan yang berjaya mencatatkan jaringan melebihi 100 gol..panyerang berbisa CHELSEA, Didier Drogba telah diiktiraf sebagai pemenang "Kasut Emas" dengan mencatatkan jaringan sebanyak 29 gol menewaskan penyerang Manchester United, Wayne Rooney yang mencatatkan jaringan sebanyak 27 gol..Ini juga merupakan gelaran juara EPL yang pertama yang telah digondol oleh jurulatih pasukan CHELSEA iaitu Carlo Ancelotti..Dengan menjuarai liga EPL, pasukan CHELSEA layak untuk beraksi dalam Kejohanan Liga Juara2 Eropah bagi musim hadapan bersama2 pasukan Manchester United, Arsenal dan Tottenham Hotspur..



Kamilah JUARA!!!





Kegembiraan jelas terpancar di wajah Drogba





Carlo Ancelotti dan Florent Malouda





Carlo Ancelotti bersama Piala EPL 09/10


Bagi Serie A dan La Liga masih tidak dapat diputuskan lagi "sang juara" bagi musim ini..ia dapat diketahui pada perlawanan terakhir liga tersebut yang dijadualkan berlangsung pada minggu ini..Untuk Serie A Italy, persaingan merebut kejuaraan akan membabitkan juara bertahan, Inter Milan dan AS Roma manakala La Liga Sepanyol, salah satu seteru utama iaitu Barcelona dan Real Madrid akan dinobatkan sebagai juara bagi musim ini..

Berikut merupakan senarai juara bagi Liga2 Bola Sepak Antarabangsa yang lain:-

Portugal - Benfica
Belanda - FC Twente
Jerman - Bayern Munich
Perancis - Marseille

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails