Selasa, 4 Mei 2010

Pertandingan Merentas Desa

Salam..hari Isnin bersamaan 3 Mei 2010 merupakan hari terakhir Gerakerja Kokurikulum (GERKO) Olahraga bagi Guru2 Pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2008 IPG Kampus Perlis..pada hari tersebut juga berlangsungnya Pertandingan Merentas Desa yang membabitkan semua guru pelatih Semester 5 IPG Kampus Perlis..terdapat juga guru pelatih yang menjadi urusetia..kebanyakannya daripada Opsyen Pengajian Muzik..

Sebelum tu, semua guru pelatih terlibat dengan tarian poco-poco yang dikendalikan oleh saudara Abol Ibnor Eqwan..kira-kira pada pukul 5.30 petang barulah acara merentas desa dimulakan..Para peserta lelaki dikehendaki memulakan acara tersebut, disusuli dengan peserta wanita..semua peserta yang terlibat dalam acara merentas desa dikehendaki menghabiskan dua pusingan yang jaraknya adalah 3.2 km..alhamdulillah, saya dapat menghabiskannya juga..

Pihak penganjur telah menyediakan hadiah untuk 10 pemenang mengikut kategori lelaki dan wanita..hadiah tempat ke-4 hingga ke-10 merupakan hadiah saguhati..

Berikut merupakan senarai penuh pemenang acara merentas desa bagi kategori lelaki:
1- Mohd Nurul Khalbi - Pengajian Agama A
2- Mohamad Amir - Pengajian Agama B
3- Shahriduan - Matematik
4- Muhammad Farhan Afif - Pengajian Agama B
5- Mohd Ehsan - Pengajian Seni Visual
6- Mohd Azrein - Pengajian Agama B
7- Abdul Muhaimin - Pengajian Agama A
8- Khairi - Pengajian Seni Visual
9- Fatahal Hazmy - Pengajian Agama B
10- Muhammad Faiq - Pengajian Agama A

Saya tak ingat senarai penuh pemenang kategori wanita..sori yek..hehe..apepun syabas diucapkan kepada para pemenang dan semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan tersebut..





Alhamdulillah, dapat juga nombor enam..:-)





Hadiah cenderahati




Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Unit Gerko merangkap pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Encik Hanafi bin Ghazali..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails