Isnin, 10 Mei 2010

Lahirnya Seorang Insan..

Salam..pada 7 Mei yang lalu iaitu bersamaan dengan hari Jumaat, Mohd Imdad Haikal bin Mohd Yazrin selamat juga dilahirkan di muka bumi ini..Insan yang baru hendak mengenal dunia ini dilahirkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang pada jam 9.30 malam seberat 3.5 kg..Insan ini merupakan cucu sulung bagi emak dan abah saya serta anak saudara yang pertama untuk saya..Perasaan bercampur baur terbit di hati ini bila Imdad sudah dilahirkan di dunia ini..cuma yang sedihnya hanya saya seorang sahaja ahli keluarga yang tidak dapat turut serta ketika hari bersejarah tersebut..ia disebabkan faktor tempat..saya belajar di Perlis..untuk sampai ke Pahang memakan masa antara 8 - 9 jam dan jarak perjalanan 590 km..atas alasan itu saya tidak pulang untuk turut serta pada hari itu..Hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan saya..em, redha jela..benda dah berlaku..huhu..ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kembar sebab mengirimkan beberapa gambar Imdad melalui MMS..memang kiut..macam Pak Cik dia nie..huahaha..

Pada mulanya, Imdad dijangka dilahirkan pada tanggal 5 Mei iaitu bersamaan hari lahir ayah saya..tetapi lewat 2 hari dan berkongsi dengan tarikh lahir pak cik saya iaitu Mohd Fadhil bin Aripin aka PakWe..em, sebenarnya saya teringin sangat menantikan saat ini untuk melihat reaksi mak dan abah apabila dikurniakan cucu kandung..mak dan abah sememangnya rapat dengan kanak-kanak..dan bila dah ada cucu kandung yang real nie diorang lagi la gembira melihat telatah si kecil ini..tak sabar nak cuti nie..nak tengok dengan mata sendiri layanan mak n abah terhadap Imdad..hehehe..saya pun dah "naik pangkat" dah..InsyaAllah Imdad akan memanggil saya dengan gelaran Pak Andak..huhu..

Belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada Abang Yo dan Kak Long kerana dikurniakan bayi lelaki yang comel iaitu Mohd Imdad Haikal..Semoga dengan kehadiran bayi ini dapat menyerikan lagi rumahtangga buat pasangan mempelai..InsyaAllah..:-)

Saya juga ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada kak long, Nor Maizura binti Haron kerana sudah menjadi seorang Ibu..hehe:-)




Wajah Mohd Imdad Haikal iras2 kak long & abang yo..hehe





berkerut dahi..hehe





tidur lena

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails