Selasa, 4 Mei 2010

Kepuasan Diri..

Salam..kali ini saya ingin berkongsi cerita ngan antum sekalian tentang apa yang berlaku kat saya pada hari jumaat yang lepas @ 30 April..kira-kira pukul 4 petang saya dan juga rakan-rakan yang lain menaiki bas Institut untuk ke Sentosa Bowl yang terletak di Alor Setar untuk bermain boling..(pertandingan tu..huhu)..kami tiba di Bandaraya Alor Setar pada pukul 4.50 petang..sesudah itu, kami pergi ke Masjid Zaher untuk menunaikan solat Asar..selepas sahaja selesai menunaikan solat Asar, kami pun berangkat pergi ke Sentosa Bowl untuk bermain boling..Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Encik Elyas bin Talib selaku pensyarah di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Perlis dengan membuat balingan boling yang cantik..selepas itu, semua peserta pun memulakan permainan..setiap pasukan diwajibkan mempunyai 4 orang ahli pasukan..macam pasukan saya dianggotai saudara Mohamad Amir, Mohd Asyran dan juga junior, Mohamad Zaki..nama pasukan kami ialah A4 Team..hehe..



Sekitar suasana semasa Pertandingan Boling



Pertandingan boling nie ada 3 games..sepanjang bermain boling nie pernah la juga boling masuk dalam longkang..hahaha..almaklum la baru 2 kali saya bermain boling..apapun memang enjoy habis la petang tu..seronok main satu team..hilang stress..hehe..kami berangkat pulang ke Institut pada pukul 10.15 malam dan tiba di Institut pada pukul 11.15 malam..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails